Sunday, 4 November 2012

KISAH ASHABUL KAHFI


Ashabul Kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah.s.w.t dan menginkari kaumnya. Oleh kerana takut akan gangguan kaumnya lalu mereka menyelamatkan diri ke dalam sebuah gua.
Gua itu cukup luas, pintunya menghadap utara, sehingga sinar matahari tidak langsung memasuki gua itu. Allah melindungi mereka dan mereka tertidur sangat lama iaitu selama 309 tahun. Walau tertidur selama 309 tahun, jasad mereka tidak rosak dan tetap utuh , lalu allah telah membangunkan mereka.
Setelah terbangun dari tidur yang lama mereka menduga-duga dan tidak ingat telah berapa lama mereka tertidur. Malah ada diantara mereka menyatakan sehari atau setengah hari dan yang lainnya mengatakan bahawa hanya Allah yang maha mengetahui.
Maka mereka mengutuskan salah seorang dari mereka pergi kekota. Dan bertugas untuk membeli makanan mengunakan wang perak ini kerana mereka masih takut akan diganggu oleh kaumnya yang mereka jangka masih hidup di zaman kaumnya yang tidak beriman itu.
Lalu pergilah utusan itu kekota untuk membeli makanan dengan membawa wang perak tersebut. Maka Allah mempertemukan manusia dengan mereka. Pemuda Ashabul kahfi itu tidak menyangka ternyata keadaan telah berubah. Dimana kaum mereka yang terdahulu telah berganti dengan kaum yang lain dan yang mengerti agama dan menghormati mereka

Friday, 2 November 2012

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang



Marilah kita same2x menunaikan solat dengan sebaik-baik mungkin.
ingatlah bahawa solat itu TIANG AGAMA.... (^_^)


Thanks to SaudaraKita2009 for the video....
For more info/video click HERE...
SELAMAT BERAMAL

BACAAN KETIKA BANGUN DARI TIDUR

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkanNya dan kepadaNya kami dibangitkan.” (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari 11/113, Muslim 4/2083.

BACAAN APABILA MASUK RUMAH




بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَآَّلْنَا،
.ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ
“Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal”. Kemudian mengucapkan salam kepada keluarga-nya. (HR. Abu Dawud 4/325,dan Al-‘Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Dalam Kitab Shahih: “Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah ketika masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), ‘Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)’.” Muslim, no. 2018.)

DOA AGAR DITETAPKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN:



وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاآْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
(٨٣)
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran Yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), Engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa Yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, Kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab suci Al-Quran), oleh itu Tetapkanlah Kami bersama-sama orang-orang Yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (5: 83)

DOA ORANG YANG MENGALAMI KESUSAHAN


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا
شِئْتَ سَهْلاً.
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya no. 2427 (Mawaarid), Ibnus Sunni no. 351. Al-Hafizh berkata: Hadits di atas sahih, dan dinyatakan shahih pula oleh Abdul Qadir Al-Arnauth dalam Takhrij Al-Adzkar oleh Imam An-Nawawi, h. 106)

DOA TERHADAP MUSUH


اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيْعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ اْلأَحْزَابَ، اَللَّهُمَّ
اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ.

Ya Allah, yang menurunkan Kitab Suci, yang menghisab perbuatan manu-sia dengan cepat. Ya Allah, cerai beraikanlah golongan musuh dan goncang-kan mereka. (HR. Musliim 3/1362)

DOA APABILA MERASA TAKUT KETIKA TIDUR


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ،
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).” (HR. Abu Dawud 4/12. Dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/171.)

DOA MASUK PASAR


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ
وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى آُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرُ.

“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dialah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.” (HR. At-Tirmidzi 5/291, Al-Hakim 1/538, dan Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Ibnu Majah 2/21 dan Shahih At-Tirmidzi 2/152.)

DOA NAIK KENDERAAN


بِسْمِ اللهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ {سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا آُنَّا لَهُ
مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ،
الْحَمْدُ لِلَّهِ، اللهُ أَآْبَرُ، اللهُ أَآْبَرُ، اللهُ أَآْبَرُ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menundukkan kendaraan ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat). Segala puji bagi Allah (3x), Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya aku menganiaya diriku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud 3/34, At-Tirmidzi 5/501, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/156)

DOA AGAR TERHINDAR DARI SYIRIK


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا
لاَ أَعْلَمُ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad dan imam yang lain 4/403, lihat Shahihul Jami’ 3/233, dan Shahihut Targhrib wat Tarhib oleh Al-Albani 1/19.)

DOA APABILA MELIHAT ORANG YANG MENGALAMI DUGAAN


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ عَافَانِيْ مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِيْ عَلَى آَثِيْرٍ
مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً.

“Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cobaan kepadamu. Dan Allah telah memberi kemuliaan kepada-ku, melebihi orang banyak.” (HR. At-Timidzi 5/494, 5/493, dan lihatlah Shahih At-Tirmidzi 3/153.)

DOA SEBELUM BERSETUBUH


بِسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.” (HR. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028.)

DOA KEPADA PENGANTIN


بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.” (HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

Thursday, 1 November 2012

BACAAN APABILA ORANG KAFIR BERSIN KEMUDIAN MEMUJI ALLAH


يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.
(Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperbaiki hatimu).
 (HR. At-Tirmidzi 5/82, Ahmad 4/400, Abu Daud 4/308. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 2/354)

DOA KETIKA BERSIN


صلى الله عله وسلام
Rasulullah ada bersabda: Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan:               (HR. Al-Bukhari 7/125.)
الْحَمْدُ لِلَّهِ
(Segala puji bagi Allah),
Dengan itu saudara/teman mengucapkan:
يَرْحَمُكَ اللهُ
(Semoga Allah memberi rahmat kepadaMu).
seandainya teman/saudaranya mengucapkan demikian,
 bersegera lah membaca:
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).

DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN BARU


اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ آَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا
صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ.

“Ya Allah, hanya milikMu segala puji, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepadaMu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan karenanya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kare-nanya”. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Baghawi dan lihat Mukhtashar Syamaailit Tirmidzi, oleh Al-Albani, halaman 47)

Wednesday, 31 October 2012

ASAS TAMADUN ISLAM


Akidah
Keimanan 6 rukun iman yg bermula dr iman kpd Allah melahirkan kesan dlm kehidupan – membentuk pandangan/ falasafah hidup,sikap, tindakan, matlamat, hala tuju
-pengabdian diri kpd Allah yg satu mewujudkan kefahaman yg sama/ perjuangan sama /halatuju sama
-akidah mantap membentuk system nilai murni yg menjadi asas tamadun
Syariah
-Syariah merangkumi ibadah dan muamalat – mualamat iaitu peraturan perhubungan ssama manusia yg meliputi politik, ekonomi, social, akhlak dll.
-Syariat adalah peraturan/ jalan/ kerangka yg ditetapkan Allah yg mesti diikuti
-dlm tamadun-syariah adalah penunjuk jalan, penentu kaedah dan pelaksanaan tamadun Islam
 Akhlak
Al-Ghazali-akhlak adalah kebiasaan  yg terdpt dlm diri manusia-perbuatan/tingkah laku  keluar/ berlaku dgn mudah tanpa perlu berfikir atau merancang
-hadith-sesungguhnya aku dituskan utk memperbaiki kemuliaan akhlak
-akhlak adalah mekanisme  yg menggerakkan umat Islam menjadi umat yg benar2 bertamadun dgn ertikata tamadun yg sebenar –akhlak baik akan lahir tindakan yg baik- baik dr sg niat, cara, tujuan, matlamat yg semuanya baik-tamadun Islam lahir dr keadaan begini-lahir tamadun sebenar yg membawa faedah kepada manusia sejagat
-sejarah – lahir tamadun Islam bermula di Madinah-sebaik2 masyarakat
-nilai akhlak Islam sesuai dgn fitrah manusia- tamadun Islam sentiasa tidak bercanggah dgn kehendak mansuia- dpt diterima oleh semua – merentasi sempadan bangsa, masa dan tempat
Ilmu pengetahuan
Tamadun sinonim dgn ilmu pengetahuan
- tanpa ilmu tidak wujud tamadun
- utk ketamadunan di dunia ini, Allah menurunkan ayat pertama –al-Alaq-ayat berkaitan dgn ilmu supaya ilmu dijadikan asas dlm membina tamadun

Thursday, 25 October 2012

KELEBIHAN DOA DAN ZIKIR


Terdapat banyak kelebihan doa dan zikir kepada kita. Maka di sini
kami hanya menyebutkan sebahagian daripadanya yang di antaranya
adalah,

1 – Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
2 – Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
3 – Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah
sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.
4 – Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan
sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah
tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada
Allah kita akan dikembalikan.
5 – Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir
kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa
jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang
memisahkannya dengan Allah.
6 – Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat.3 Semakin
banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.
7 – Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.
8 – Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah

APABILA MENINGGALKAN PERKARA SUNAT DALAM SOLAT


Seseorang yang meninggalkan tasyahud pertama, qunut, bacaan selawat utk Nabi s.a.w. dalam tasyahud pertama, dengan ini dia hendaklah menambah dua kali sujud yaitu sujud sahwi sebelum memberi salam, adapun bacaan dalam sujud ini menyerupai bacaan sujud biasa.

demikian juga orang yg berasa ragu-ragu, berkenaan bilangan rakaat yang telah dikerjakannya. Maka hendaklah dia berpegang pada apa yang dia yakini seberapa banyak rakaat yang telah dikerjakan dan kemudian sebelum salam perlulah dia bersujud sahwi.

Sekiranya, setelah salam dia teringat akan jumlah sebenar rakaat dan ternyata ia tidak mencukupi bilangan solat tersebut. Jadi hendaklah dia bersegera melakukan sujud sahwi, namun seandainya telah berlalu waktu yang cukup lama, tidak boleh lagi dia bersujud sahwi.

DOA PENDEK SELEPAS SOLAT


Ini merupakan doa pendek selepas solat, andai kesuntukan masa boleh lah amalkan doa ini
dibawah ini pula adalah maksud bagi doa ini....





Wednesday, 24 October 2012

ASAS-ASAS HUBUNGAN SOSIAL


1) Ta’aruf (Saling Kenal Mengenali)
Salah satu fitrah manusia suka saling kenal mengenali
- Al hujurat 13-wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuandan kami telah menjadikan kamu dari dari pelbagai bangsa  dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenal-kenalan  dan beramah mesra di antara di antara satu sama lain.Sesungguhnya semulia-mulia kamu d sisi Allah ialah  ialah orang lebih taqwanya di anntara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui  lagi Amat Mendalam pengetahuanNya.
Menurut Dr Haron Din –litaa’aarafuu’ dlm ayat di atas-berkenalan meliputi bekerjasama erat, tolong menolong, pertalian yg teguh, Bantu membantu untuk kebaikandgn ikhlas dan jujur sehinga melahirkan masyarakat yg tenteram, adil, tidak dikuasai sifat tamak,haloba serta pergeseran yg merosakkan ketenteraman dan membawa kehancuran masyarakat.
- ali imran 102-dan berpegang teguhlah sekelian dgn tali Allah/agama islam dan jgn lah kamu berpecag belah dan ongatlah nikmat allh kpd kamu ketika kamu bermusuh2an semasa jahiliah dahulu lalu allah menyatukan di antara hati2 kamu/sehingga kamu bersatu padu dgn nkimat islam,maka menjadilah kamu dgn dgn niknat allah itu orang islam yg bersaudara….
2) Tafahum (Saling Faham Memahami)
Saling faham memahami-persetujuan, permuafakatan, bertolak ansur-ke arah kebaikan-kebaikan yg haq –baik pada kacamata Allah 
-Al-Baqarah 177-Bukanlah kebaiakn sesiapa yg menghadapkan muka ke arah timur dan Barat tetapi kebaikan adalah siapa yg beriman kpd Allah,malaikat2Nya, kitab2Nya, rasul2Nya  dan Hari akhirat,…..
3) Ta’aawun (Saling Bantu Membantu)
Tolong menolong, bekerjasama dan saling Bantu membantu – di prgkt keluarga, masyarakat, negara.-ke arah kebaikan bukan kemaksiatan-Al-Maa’idah2
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan jgn lah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kpd Allah krn sesungguhnya Allah amat berat siksaNya (bg sesiapa yg melanggar perintahNYa)
Muhammad Abu Zahrah-sikap tolong menolong adalah dasar umum bg seluruh mastyarakat Islam
Sabda Nabi-maksud: Allah sentiasa akan menolong seseorang selagi dia menolong saudaranya
Sesiapa yg melapangkan diri sseorang muslim dr sesuatu kesengsaraan dunia, maka Allah akan melapangkan dia dari sesuatu kesengsaraan akhirat. (Al Asr 1-3)
DEmi masa sesungguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali orang yg beriman dan beramal saleh dan mereka berpesan dgn kebenaran dan berpesan dgn kesabaran
- Al-Baqarah 215-Mereka bertanya kpd kamu (wahai Muhammad) apakah yg akan mereka belanjakan (dank pd siapa)Katakanlah, apa jua harta benda (yg halal) yg kamu belanjakan maka berikanlah kpd kedua ibu pa kamu, kaum kerabat, anak2 yatim, orang miskin dan orang yg terlantar dlm prjalanan .Dan apa jua yg kamu buat dari jenis2 kebaikan,ssungguhnya Allaha Maha Mengetahui.
Al-Taubah 71
Dan org2 yg beriman lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong sebahagian yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan, merekamendidrikan solat, mengeluarkan zakat serta taat kpd llah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Dari Nu’man bin Bashir Ra dr Nabi saw-diumpamakan orang2 yg nelaksanakan hokum hudud Allah
 Dan orang yg melakukannya adalah spt satu kaumyg menjalankan undian,(utk memilih tempat duduk),sebahagian merekammendpt tempat dib hg atas dan sebhg lain di bawah.Apabila mrk yg di bawah mahu mengambil air terpaksa melalui/megganggu org bhg atas.edmikian mereka berkata, bagaimana kalau kita tebuk shj bhg bawah kapal supaya tidak mengganggu orang bhg atas,Jika sekiranya org dibahgian atas membiarkan shj org bawah berbuat sesuatu mengikut kehendak hati mereka, tentu seluruh kapal akan binasa dan jika menghalangnya dari menebuk kapal tentu mreka akan selamat dan selamatlah mereka semua.
4) Ukhuwwah (Persaudaraan)
-Persaudaraan dlm Islam dibina atas dasar iman dan taqwa-ini persaudaraan sejati dan kukuh.
Abdullah Nasih Ulwan1990,persaudaraan adalah ikatan kerohanian yg menimbulkan perasaan yg mendalam belas kasihan, cinta kasih dan penghormataan diri.Setiap orang terikat ant satu sama lain  dgn pertalian akidah, iman dan taqwa
Alhujurat 10-sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara krn itu damaikan dia antara kedua saudara mud an bertaqwalah kpd Allah supaya kamu mendapat rahmat.
Al Hasyr 9, Dan org2 ansar (yg mendiam Negeri Madinah serta beriman sebelummereka mengasihi org2 yg berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dlm hati mereka perasaan apa yg diberikan lpd org ygberhijrah itu dan mereka juga mengutamakan org2 yg berhijrah itu lebih dr dirimereka sendiri sekali pun mereka dlm keadaan serba kekurangan dan sgt2 berhajat dan ingatlah sesiapa yg memelihara diri mereka dr sifat bakhil merekalahorg yg berjaya.
5) Tadaamun(saling Jamin Menjamin)
Tadamun bermaksud saling jamin menjamin,tanggung menanggung dan saling lindung melindungi. Ada rasa tanggung jawab utk Bantu membantu apabila ahli masyarakat ditimpa kesusahan. Syed Qutub- jaminan social yg kuat adalah satu aspek keadilan masyarakat.
Tadaamun-diperingkat individu, keluarga,masyarakat dan Negara-individu jamin menjamin ahli2 yg lain. Negara-melaksanakan amanah yg dipertanggung jawabkan bg menjamin kesejahteraan rakyat-menghormati milik rakyat dan memberi hak2 mereka dlm aspek2 kebendaan dan bukan kebendaan
Peringkat individu-setiap individu menyediakan diri dgn kelengkapan iman dan akal yg baik-kelengkapan ini membolehkan mereka brada dlm masyarakat dan melaksanakan tangungjawab terhadap masyarakat
-peringkat keluarga-memberi bantuan kpd ahli keluarga , keluarga dekat dan yg jauh-memnuhi keperluan zahir dan batin, kebendaan dan bukan kebendaan
-Peringkat masyarakat-setiap ahli dlm masyarakat bertanggung jawab menjamin ahli yg lain-membebaskan mereka dr bebanan dan kesempitan hidup atau masalah lain spt masalah emosi dgn cara bantuan kebendaan atau khidmat nasihat
-Tadaamun di tegakkan atas dasar keadilan- yg melibatkan keadilan dlm aspek ekonomi, social, undang2, kemanusiaan dll

NILAI SUATU PEKERJAAN


1) .Kerja suatu amanah – setiap org memikul amanah dan akan ditanya terhadap amanahnya-maksud hadith: “ketahuilah setiap kamu adalah pengembala/ pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu/ pimpinanmu. Seorang amir/penguasa/ atau pemimpin yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Sseorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya .Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpini rumahtangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta kekayaan tuannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. ”  hadith no 1796 hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim.
2) . kerja suatu ibadah-syarat kerja dikira ibadah:
i.niat yg ikhlas – maksud hadith : sesungguhnya setiap amal bergantung kpd niat, setiap org mengikut apa yg dia niatkan, siapa yg hijrahnya krn Allah dan Rasul maka hijrah nya krn Allah dan Rasul,siapa yg hijrah krn dunia dia dpt dunia dan siap yg hijrah krn perempuan dia dpt prmpn maka hijrah itu mengikut apa yg dia hijrah kpdnya.
ii. kerja halal dan dibenarkan syarak
iii.kerja mengikut ketentuan syariat-dari segi perlaksanaan –ikut syariat-jujur, amanah, tidak menipu, tidak menindas
iv. Tidak meninggalkan atau lalai dr mengerjakan ibadah khusus-solat, puasa, zakat, haji dll-solat penentu amal diterima atau ditolak
v. Matlamat – mencari mardatillah/ keredaan Allah
vi. Kerja yg bersungguh2-maksud hadith : esungguhnya Allah amat menyukai apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan dia melakukan dgn penuh ketekunan/bersungguh2 (riwayat al-Baihaqy)
Maksud hadith : Sesungguhnya org yg berjaya ialah org yg hari ini lebih baik dari semalam dan org yg gagal adalah org yg hari ini lebih teruk dr semalam
Manakala org yg terpedaya/tertipu adalah org yg hari ini sama dgn semalam. ( riwayat Bukhari dan Muslim )

PERKARA2 DILARANG DALAM SOLAT



1)      Meletakkan sebelah kaki pada yg lain sewaktu berdiri dlm solat
2)      Berdiri diatas 1 kaki
3)      Duduk di antara dua sujud dengan mencangkung.
- “menurut ibnu Abdil Barr, para ahli hadis menafsirkan menyangkunh yg dilarang ialah duduk diatas kedua-dua tumit kakinya yg didirikan. Duduk spt in tidak disukai oleh Malik, Abu Hanifah, Syafiii, Ahmad dan beberapa ahli fiqah yg lain. Mereka menganggapnya sebagai menyangkung yg dilarang.”
4)      Memasukkan kedua-dua tangan ke dalam baju,gamis,jubbah dan sebagainya ketika berdiri, rukuk mahupn sujud, hal ini kerana perbuatan ini menyerupai org2 yahudi dlm sembahyang meraka.
5)      Mengangkat kain, seluar dan sebagainya ketika hendak sujud. Hampir sama bagi lelaki yg menyelak rambutnya pada waktu solat
“Aku perintahkan bersujud diatas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut” (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu daud dan Ibnu Majah)
6)      Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua pangkal lengan daripada dada
“hadis riwayat Ibnu Hibban, dalam sahihnya dengan lafaz: bercekak pinggang adalah istirahat para penghuni neraka”
7)      Solat dalam keadaan ingin membuang air besar/kecil. Termasuk juga dalam keadaan amat lapar ketika telah tersedianya makanan.
- di riwayatkan juga drpda Rasulullah s.a.w;
“ janganlah seseorg daripada kamu memulakan solat dalam keadaan masam atau marah”
-Hasan al-Basri;
“setiap solat yg dikerjakan tanpa kehadiran hatinya, lebih dekat kepada hukuman Allah”
- dalam sebuah hadis disebutkan:
“Tujuh perkara dalam solat berasal daripada gangguan syaitan: hidung berdarah, mengantuk, was-was, menguap, gatal, berpaling, dan bermain-main sesuatu.
-sebahagian perawi menambahkan:
“kelalaian hati dan keraguan”
( hadis riwayat Tirmidzi. Dari ‘Adi bin Tsabit dengan keterangan, hadis in gharib.)

KENAPA ADA LARANGAN SOLAT PADA WAKTU-WAKTU TERTENTU


Terdapat 3 alasan berkaitan dengan waktu-waktu terlarang;
1) Menghindarkan diri daripada perbuatan menyamai para penyembah matahari
- kelompok tertentu daripada golongan kafir mempunyai kebiasaan menyembah matahari pada waktu-waktu ini (ketika terbitnya matahari, terbenamnya matahari, ketika matahair berada di tengah-tengah langit).

2) Menjaga diri pada waktu bertempiarannya syaitan-syaitan. Hal ini merukuk kepada sabda Rasulullah s.a.w;
“Matahari terbit dengan diikuti oleh syaitan. Pada waktu mulai terbit, matahari berada dekat dengan syaitan dan ketika telah mulai meninggi, berpisah daripadanya. Pada waktu matahari berada tepat di tengah-tengah langit, ia dekat lagi dengan syaitan dan ketika telah zawal(condong kea rah barat) , ia berpisah daripadanya. Pada waktu hampir terbenam, dia dekat dengan syaitan dan setelah terbenam, ia terpisah daripadanya lagi”
keterangan:-
- sebahagian ulama mengatakan bahawa keterangan dalam hadis ini ialah berupa kiasan semata-mata. Hadis ini dirawikan oleh Nasa-i. dalam sahih Bukhari dan Muslim terdapat juga hadis-hadis yang mirip dengan hadis ini.

3) Dengan ada larangan-larangan ini akan bertambah semangat dan keghairahan seorang hamba itu, apatah lagi manusia selalu menginginkan segala yang dilarang baginya.

CARA SOLAT BAGI MASBUQ


Seorang masbuq, jika mendapati bahagian akhir daripada solat imamnya, maka ia adalah bahagian awal solatnya sendiri. Oleh sebab itu hendaklah dia mengikuti imam dalam semua pergerakannya, kemudian selepas salam imamnya, makmum tersebut perlulah menyempurnakan rakaat-rakaat yang masih kurang dengan meneruskannya. Seandainya solat itu solat subuh hendaklah dia berqunut dirakaat terakhir solatnya walaupun sebelum ini doa telah berqunut bersama imamnya.
Jika seorang itu ikut bersama imam pada sebahagian rukun berdiri, janganlah menyibukkan diri dengan membaca doa iftitah, tetapi hendaklah dia membaca al-Fatihah dengan bacaan yang ‘diringankan’ (agak cepat).
Sekiranya imam melakukan rukuk sebelum makmum(masbuq) menyelesaikan bacaan al-fatihah, haruslah dia ,menyempurnakannya dan menyusul imam dalam rukuk sebelum iktidal. Seandainya makmum itu beranggapan yang dia tidak mungkin dapat menyusul imamnya dalam keadaan rukuk. Hendaklah dia memotong fatihahnya dan terus mengikuti imam. Namun seandainya makmu itu sedang membaca surah, hendaklah dia segera menghentikan bacaannya dan rukuk mengikuti imam.
Sekiranya dia dating dan mendapati imam sudah dalam keadaan sujud/tasyahud, hendalah dia bertakbiratul ihram, lalu terus sujud tanpa bertakbir sekali lagi. Akan tetapi jika mendapatiimam dalam keadaan rukuk, hendaklah makmum itu bertakbiratul ihram lalu takbir sekali lahi untuk rukuk mengikuti imam.
Bagi masbuq, tidak boleh dianggap mendapat satu rakaat dalam solatnya kecuali dia dapat rukuk dengan sempurna bersana imamnya. Jika imam telah bergerak untuk berdiri kembali, sedangkan makmum belum menyempurnakan rukunya, maka dia kehilangan rakaat itu dan harus mengerjakannya setelah salam imamnya.

Info:
Masbuq = Orang yang terlambat mengikuti imamnya.

BALASAN MENJAGA SOLAT & HUKUMAN MEREMEHKAN SOLAT


Imam Ahmad bin Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya “Az-Zawarij” menjelaskan, bahawa diterangkan dalam hadith; barangsiapa yang menjaga solat lima waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan lima perkara:
1)      Terhindar dari kesempitan dalam kehidupan
2)      Terhindar dari seksa kubur
3)      Kitab amalnya diberikan pada tangan kanannya
4)      Berjalan di atas titian shirath bagaikan kilat
5)      Masuk syurga tanpa dihisab
Manakala, barangsiapa meremehkan solat waktu, maka dia diancam oleh Allah dengan empat belas ancaman seksaan. Lima di dunia, tiga di waktu mati, tiga di dalam kubur dan tiga pada waktu keluar dari kubur.

1)      Hukuman di dunia ialah:
- di cabut keberkatan umurnya
- dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari mukanya
- setiap amal yang dikerjakannya tidak akan mendapat pahala dari Allah s.w.r
- doanya tidak akan diangkat ke langit
- tidak mendapat mendapat bahagian dari doa-doa orang-orang solehin
2)      Ketika mati
- mati dalam keadaan hina
- mati dalam kelaparan
- mati dalam keadaan haus
3)      Di dalam kubur
- disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang rusuknya
- dinyalakan api di dalam kuburnya
- didatangkan kepada ular yang bernama Syuja’ yang matanya dibuat dari api, kukunya dari besi, setiap kuku ular itu panjangnya sejauh perjalanan sehari, ular tesebut berkata: “Aku syuja’ al-‘aqra’ “ suaranya bagaikan petir yang menyambar, ia berkata “Allah telah menyuruhku supaya menyeksa kamu kerana meninggalkan solat subuh hingga terbit matahari, meninggalkan solat zohor hingga solat asar, meninggalkan solat asar hingga solat maghrib, dan meninggalkan solat maghrib hingga solat isyak dan meninggalkan solat isyak hingga solat subuh. Tiap-tiap ular itu memukul satu kali, maka terbenamlah orang tersebut ke dalam tanah hingga tujuh puluh hasta, maka ia selalu terseksa dalam kuburnya hingga hari kiamat.
4)      Seksaan pada hari kiamat
- dihisab segala amal perbuatannya
- Allah s.w.t murka kepadanya
- dimasukkan ke dalam neraka
dalam riwayat yang lain pula dikatakan, bahawa ia akan didatangkan pada hari kiamat, sedangkan di mukanya ada tiga baris tulisan, tulisan tersebut adalah:
- wahai orang yang mengabaikan hak Allah s.w.t.
- wahai orang yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
- Allah s.w.t mengabaikan kamu sebagainya kamu sebagaimana kamu di dunia telah mengabaikan hak Allah, maka pada hari ini terputus asalah kamu dari rahmat Allah s.w.t.

UMAT YG TIDAK KEKAL DI DALAM NERAKA


Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
“Orang kafir itu menduduki tikar dari api, dan selimut dari api pula. Demikianlah kami membalas orang-orang yang aniaya” (Al-A’raf: 41)
Oleh itu, iblis dan syaitan beserta orang-orang kafir adalah penghuni neraka yang kekal buat selama-lamanya, dan di neraka itu mereka menempati bilik-bilik penjara,diseksa dan dibakar.
Adapun umat Nabi Muhammad s.a.w tidak ada yang kekal di dalam neraka. Betapa besar dosanya, setelah dibakar berapa lama maka pada akhirnya mereka di keluarkan juga.
hadith dari Anas bin Malik r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda “dikeluarkan dari neraka itu barangsiapa yang mengucapkan “ La ilaha illallah” dan didalam hatinya terdapat sebesar biji syair kebajikan. Dikeluarkan dari neraka barangsiapa yang mengucapkan “ La ilaha illallah” dan di dalam hatinya terdapat sebesar gandum kebajikan. Dikeluarkan dari neraka itu barangsiapa yang mengucapkan “La ilaha illallah” dan di dalam hatinya terdapat sebesar zarah kebajikan”
(HR. Bukhari).

SUMBER ILMU ISLAM


-Sumber-sumber ajaran Islam - wahyu Allah- bukan mengikut akal fikiran dan hawa nafsu-salurannya adalahal-Qur’an, hadith, ijma’ ulamak, qiyas (ijtihad )- dalam masa yang singkat  ummah Islam mencapai kecermelangan dalam segala aspek kehidupan lantaran panduan dari agama Allah
i.Qur’annul Karim sebagai sumber utama
-Al Qur’an  Kalamullah mukjizat teragung Rasulullah saw-sebagai pandan hidup manusia dan sumber segala jenis ilmu-dlm banyak ayat al-quran mengandungi perintah  menguasai ilmu dgn jalan membaca, menulis, menghitung,  menyelidik, mengkaji, menganalisa dll.
Surah al-alaq-1-5
-surah Al-Qiyamah-ayat17-18-Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membantumu pandai) membacanya. – Apabila kami telah selesai membacanya, maka ikutilah bacaanya itu.
-Al-Quran merupakan sumber rujukan terpenting umat Islam dan umat manusia
-Ia menerangkan semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia.
-Kandungannya meliputi ilmu-ilmu ketuhanan, sejarah masa lampau, gambaran masa akan datang seperti hari akhirat, qiamat, aspek-aspek perundangan, politik, sains dan sebagainya.
-Dalam mendidik manusia Al-Quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian dingan keperluan dan kemampuan akal manusia.
-al-Qur’an-membimbing dan memberi panduan kepada manusia untuk memperkembangkan ilmu mereka.

ii.Al-Sunnah
-Al-Sunnah apa2 yang datang daripada Rasulullah SAW selain daripada Al-Quran, meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hokum
-Peranan al-Sunnah-a. menjelaskan perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran b.menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh al-quran samada memberi makna, menentukan maksud sebenar ayat, menerangkan ayat yg sukar difahami, membataskan ayat mutlak, mengkhususkan ayat yg umum , menunjukkan cara perlaksanaan seseuatu ketentuan hokum yang wajib atau yg sunat dsbnya.
Firman Allah SWT ;
Maksudnya :
Sebagaimana kami telah mengutus kapadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepada kamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.(Surah al-Baqarah 2:151)            
-tugas setiap Rasul adalah mengajar  manusia tentang kitab dan ajaran Allah spt apa yg Allah tetapkan dgn lisan atau perbuatan/tindakan sebagai tauladan kpd manusia
-Rasul-rasul tidak meninggalkan apa-apa harta selepas kewafatan melainkan ilmu dan agama Allah

Maksud hadith :
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.                           

MEMBEZAKAN ANTARA YG FARDU DAN SUNAT


Membezakan antara dua permasalahan ini amatlah penting, ini kerana seseorg yg meninggalkan perkara FARDU menyebabkan solat nya tidak sah dan perlu diulangi. Manakala seandainya seseorg itu meninggalkan perkara SUNAT tidak menyebabkan solat itu batal namun meninggalkan perkara sunat bukan lah perkara yg boleh diambil enteng kerana dengan adanya perbuatan-perbuatan sunat dalam solat ini adalah boleh diibaratkan sebagai hadiah@cenderamata yg ingin kita persembahkan kepada Allah s.w.t demi mendekatkan diri dengan-Nya.
Pertama sekali perlulah kita mengetahui apa itu perkara2 FARDU(RUKUN SOLAT)
1)      Niat
2)      Takbir
3)      Berdiri
4)      Membaca al-Fatihah
5)      Tunduk dalam rukuk sehingga kedua telapak tgn menyentuh kedua-dua lutut
6)      Bertmakninah ketika rukuk dan sujud
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara sujud
10)  Duduk untuk tasyahud akhir
11)  Membaca selawat utk Nabi s.a.w
12)  Salam
Kedua ialah perkara sunat, adapun perkara sunat ini terbahagi kepada PERBUATAN dan BACAAN
1)      PERBUATAN
- mengangkat kedua-dua tangan ketika takbiratul ikhram
- ketika bergerak untuk rukuk, dan
- ketika berdiri kembali setelah rukuk
- duduk untuk tasyahud pertama
2)      BACAAN
- Doa iftitah
- mengucapkan amin
- membaca surah
- mengucapkan takbir-takbir perpindahan drpd satu rukun solat ke rukun yg lain
- membaca tasbih dalam rukuk dan sujud, serta doa iktidal drpd ruku ke sujud
- membaca tasyahud pertama
- membaca selawat utk Nabi s.a.w pada tasyahud pertama
- membaca doa setelah tasyahud akhir
- salam yg kedua
PERKARA2 DILARANG DALAM SOLAT
1)      Meletakkan sebelah kaki pada yg lain sewaktu berdiri dlm solat
2)      Berdiri diatas 1 kaki
3)      Duduk di antara dua sujud dengan mencangkung.
- “menurut ibnu Abdil Barr, para ahli hadis menafsirkan menyangkunh yg dilarang ialah duduk diatas kedua-dua tumit kakinya yg didirikan. Duduk spt in tidak disukai oleh Malik, Abu Hanifah, Syafiii, Ahmad dan beberapa ahli fiqah yg lain. Mereka menganggapnya sebagai menyangkung yg dilarang.”
4)      Memasukkan kedua-dua tangan ke dalam baju,gamis,jubbah dan sebagainya ketika berdiri, rukuk mahupn sujud, hal ini kerana perbuatan ini menyerupai org2 yahudi dlm sembahyang meraka.
5)      Mengangkat kain, seluar dan sebagainya ketika hendak sujud. Hampir sama bagi lelaki yg menyelak rambutnya pada waktu solat
“Aku perintahkan bersujud diatas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut” (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu daud dan Ibnu Majah)
6)      Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua pangkal lengan daripada dada
“hadis riwayat Ibnu Hibban, dalam sahihnya dengan lafaz: bercekak pinggang adalah istirahat para penghuni neraka”
7)      Solat dalam keadaan ingin membuang air besar/kecil. Termasuk juga dalam keadaan amat lapar ketika telah tersedianya makanan.
- di riwayatkan juga drpda Rasulullah s.a.w;
“ janganlah seseorg daripada kamu memulakan solat dalam keadaan masam atau marah”
-Hasan al-Basri;
“setiap solat yg dikerjakan tanpa kehadiran hatinya, lebih dekat kepada hukuman Allah”
- dalam sebuah hadis disebutkan:
“Tujuh perkara dalam solat berasal daripada gangguan syaitan: hidung berdarah, mengantuk, was-was, menguap, gatal, berpaling, dan bermain-main sesuatu.
-sebahagian perawi menambahkan:
“kelalaian hati dan keraguan”
( hadis riwayat Tirmidzi. Dari ‘Adi bin Tsabit dengan keterangan, hadis in gharib.)

UTAMANYA SOLAT BERJEMAAH


Rasulullah s.a.w bersabda ;
“solat Jemaah lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat”                         ( riwayat Bukhari,Muslim dan Nasa-I daripada Abu Hurairah.)”
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w pernah menanyakan tentang beberapa org yg sering tidak menghadiri solat berjemaah bersama baginda dan baginda bersabda:
“hampir – hampir aku memerintahkan seseorg utk mengimami solat, agar aku dpt pergi ke tempat org-org yg sering tidak menghadiri solat Jemaah itu untuk membakar rumah-rumah mereka”
Usman meriwayatkan secara marfuq;
“Barangsiapa menghadiri solat Jemaah isyak (di masjid), seakan-akan dia bertahajjud setengah malam dan barangsiapa menghadiri solat Jemaah subuh, seakan-akan dia bertahajjud semalaman suntuk”

KEUTAMAAN AZAN


Rasulullah s.a.w bersabda:
Terdapat 3 kelompok manusia yg kelak pada hari kiamat, menghuni tempat yang harum semerbak kerana kewangian misk hitam juga tida hisab yag akan menakutkan mereka dan tiada pula kecemasan yang bias menyentuh mereka sehinggalah setiap manusia selesai dgn urusan masing2x.
i. Seseorg yg membaca al quran demi allah s.w.t dan mengimami suatu kaum yg mereka smua suka kpdanya.
ii. Seseorg yg mengumandangkan AZAN di suatu masjid dan berdoa kpd allah s.w.t semata-mata untuk mendapatkn kerdhaan-Nya
iii. Sesorg yg beroleh cubaan dengan rezeki duniawi yg banyak, tapi dia langsung tidak lalai dari amalan-amalan untul akhirat.

“tiada makhluk apapun, manusia, jin, atau yg lain yg mendengar seruan muazin kecuali dia pasti menjadi saksi bagi si muazin itu pada hari kiamat.