Wednesday, 24 October 2012

BALASAN MENJAGA SOLAT & HUKUMAN MEREMEHKAN SOLAT


Imam Ahmad bin Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya “Az-Zawarij” menjelaskan, bahawa diterangkan dalam hadith; barangsiapa yang menjaga solat lima waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan lima perkara:
1)      Terhindar dari kesempitan dalam kehidupan
2)      Terhindar dari seksa kubur
3)      Kitab amalnya diberikan pada tangan kanannya
4)      Berjalan di atas titian shirath bagaikan kilat
5)      Masuk syurga tanpa dihisab
Manakala, barangsiapa meremehkan solat waktu, maka dia diancam oleh Allah dengan empat belas ancaman seksaan. Lima di dunia, tiga di waktu mati, tiga di dalam kubur dan tiga pada waktu keluar dari kubur.

1)      Hukuman di dunia ialah:
- di cabut keberkatan umurnya
- dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari mukanya
- setiap amal yang dikerjakannya tidak akan mendapat pahala dari Allah s.w.r
- doanya tidak akan diangkat ke langit
- tidak mendapat mendapat bahagian dari doa-doa orang-orang solehin
2)      Ketika mati
- mati dalam keadaan hina
- mati dalam kelaparan
- mati dalam keadaan haus
3)      Di dalam kubur
- disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang rusuknya
- dinyalakan api di dalam kuburnya
- didatangkan kepada ular yang bernama Syuja’ yang matanya dibuat dari api, kukunya dari besi, setiap kuku ular itu panjangnya sejauh perjalanan sehari, ular tesebut berkata: “Aku syuja’ al-‘aqra’ “ suaranya bagaikan petir yang menyambar, ia berkata “Allah telah menyuruhku supaya menyeksa kamu kerana meninggalkan solat subuh hingga terbit matahari, meninggalkan solat zohor hingga solat asar, meninggalkan solat asar hingga solat maghrib, dan meninggalkan solat maghrib hingga solat isyak dan meninggalkan solat isyak hingga solat subuh. Tiap-tiap ular itu memukul satu kali, maka terbenamlah orang tersebut ke dalam tanah hingga tujuh puluh hasta, maka ia selalu terseksa dalam kuburnya hingga hari kiamat.
4)      Seksaan pada hari kiamat
- dihisab segala amal perbuatannya
- Allah s.w.t murka kepadanya
- dimasukkan ke dalam neraka
dalam riwayat yang lain pula dikatakan, bahawa ia akan didatangkan pada hari kiamat, sedangkan di mukanya ada tiga baris tulisan, tulisan tersebut adalah:
- wahai orang yang mengabaikan hak Allah s.w.t.
- wahai orang yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
- Allah s.w.t mengabaikan kamu sebagainya kamu sebagaimana kamu di dunia telah mengabaikan hak Allah, maka pada hari ini terputus asalah kamu dari rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment