Wednesday, 24 October 2012

PERKARA2 DILARANG DALAM SOLAT



1)      Meletakkan sebelah kaki pada yg lain sewaktu berdiri dlm solat
2)      Berdiri diatas 1 kaki
3)      Duduk di antara dua sujud dengan mencangkung.
- “menurut ibnu Abdil Barr, para ahli hadis menafsirkan menyangkunh yg dilarang ialah duduk diatas kedua-dua tumit kakinya yg didirikan. Duduk spt in tidak disukai oleh Malik, Abu Hanifah, Syafiii, Ahmad dan beberapa ahli fiqah yg lain. Mereka menganggapnya sebagai menyangkung yg dilarang.”
4)      Memasukkan kedua-dua tangan ke dalam baju,gamis,jubbah dan sebagainya ketika berdiri, rukuk mahupn sujud, hal ini kerana perbuatan ini menyerupai org2 yahudi dlm sembahyang meraka.
5)      Mengangkat kain, seluar dan sebagainya ketika hendak sujud. Hampir sama bagi lelaki yg menyelak rambutnya pada waktu solat
“Aku perintahkan bersujud diatas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut” (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu daud dan Ibnu Majah)
6)      Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua pangkal lengan daripada dada
“hadis riwayat Ibnu Hibban, dalam sahihnya dengan lafaz: bercekak pinggang adalah istirahat para penghuni neraka”
7)      Solat dalam keadaan ingin membuang air besar/kecil. Termasuk juga dalam keadaan amat lapar ketika telah tersedianya makanan.
- di riwayatkan juga drpda Rasulullah s.a.w;
“ janganlah seseorg daripada kamu memulakan solat dalam keadaan masam atau marah”
-Hasan al-Basri;
“setiap solat yg dikerjakan tanpa kehadiran hatinya, lebih dekat kepada hukuman Allah”
- dalam sebuah hadis disebutkan:
“Tujuh perkara dalam solat berasal daripada gangguan syaitan: hidung berdarah, mengantuk, was-was, menguap, gatal, berpaling, dan bermain-main sesuatu.
-sebahagian perawi menambahkan:
“kelalaian hati dan keraguan”
( hadis riwayat Tirmidzi. Dari ‘Adi bin Tsabit dengan keterangan, hadis in gharib.)

No comments:

Post a Comment