Terdapat banyak kelebihan doa dan zikir kepada kita. Maka di sini
kami hanya menyebutkan sebahagian daripadanya yang di antaranya
adalah,
1 – Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
2 – Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
3 – Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah
sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.
4 – Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan
sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah
tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada
Allah kita akan dikembalikan.
5 – Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir
kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa
jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang
memisahkannya dengan Allah.
6 – Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat.3 Semakin
banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.
7 – Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.
8 – Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah

No comments:
Post a Comment