Wednesday, 24 October 2012

KENAPA ADA LARANGAN SOLAT PADA WAKTU-WAKTU TERTENTU


Terdapat 3 alasan berkaitan dengan waktu-waktu terlarang;
1) Menghindarkan diri daripada perbuatan menyamai para penyembah matahari
- kelompok tertentu daripada golongan kafir mempunyai kebiasaan menyembah matahari pada waktu-waktu ini (ketika terbitnya matahari, terbenamnya matahari, ketika matahair berada di tengah-tengah langit).

2) Menjaga diri pada waktu bertempiarannya syaitan-syaitan. Hal ini merukuk kepada sabda Rasulullah s.a.w;
“Matahari terbit dengan diikuti oleh syaitan. Pada waktu mulai terbit, matahari berada dekat dengan syaitan dan ketika telah mulai meninggi, berpisah daripadanya. Pada waktu matahari berada tepat di tengah-tengah langit, ia dekat lagi dengan syaitan dan ketika telah zawal(condong kea rah barat) , ia berpisah daripadanya. Pada waktu hampir terbenam, dia dekat dengan syaitan dan setelah terbenam, ia terpisah daripadanya lagi”
keterangan:-
- sebahagian ulama mengatakan bahawa keterangan dalam hadis ini ialah berupa kiasan semata-mata. Hadis ini dirawikan oleh Nasa-i. dalam sahih Bukhari dan Muslim terdapat juga hadis-hadis yang mirip dengan hadis ini.

3) Dengan ada larangan-larangan ini akan bertambah semangat dan keghairahan seorang hamba itu, apatah lagi manusia selalu menginginkan segala yang dilarang baginya.

No comments:

Post a Comment