Thursday, 25 October 2012

APABILA MENINGGALKAN PERKARA SUNAT DALAM SOLAT


Seseorang yang meninggalkan tasyahud pertama, qunut, bacaan selawat utk Nabi s.a.w. dalam tasyahud pertama, dengan ini dia hendaklah menambah dua kali sujud yaitu sujud sahwi sebelum memberi salam, adapun bacaan dalam sujud ini menyerupai bacaan sujud biasa.

demikian juga orang yg berasa ragu-ragu, berkenaan bilangan rakaat yang telah dikerjakannya. Maka hendaklah dia berpegang pada apa yang dia yakini seberapa banyak rakaat yang telah dikerjakan dan kemudian sebelum salam perlulah dia bersujud sahwi.

Sekiranya, setelah salam dia teringat akan jumlah sebenar rakaat dan ternyata ia tidak mencukupi bilangan solat tersebut. Jadi hendaklah dia bersegera melakukan sujud sahwi, namun seandainya telah berlalu waktu yang cukup lama, tidak boleh lagi dia bersujud sahwi.

No comments:

Post a Comment