Sunday, 4 November 2012

KISAH ASHABUL KAHFI


Ashabul Kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah.s.w.t dan menginkari kaumnya. Oleh kerana takut akan gangguan kaumnya lalu mereka menyelamatkan diri ke dalam sebuah gua.
Gua itu cukup luas, pintunya menghadap utara, sehingga sinar matahari tidak langsung memasuki gua itu. Allah melindungi mereka dan mereka tertidur sangat lama iaitu selama 309 tahun. Walau tertidur selama 309 tahun, jasad mereka tidak rosak dan tetap utuh , lalu allah telah membangunkan mereka.
Setelah terbangun dari tidur yang lama mereka menduga-duga dan tidak ingat telah berapa lama mereka tertidur. Malah ada diantara mereka menyatakan sehari atau setengah hari dan yang lainnya mengatakan bahawa hanya Allah yang maha mengetahui.
Maka mereka mengutuskan salah seorang dari mereka pergi kekota. Dan bertugas untuk membeli makanan mengunakan wang perak ini kerana mereka masih takut akan diganggu oleh kaumnya yang mereka jangka masih hidup di zaman kaumnya yang tidak beriman itu.
Lalu pergilah utusan itu kekota untuk membeli makanan dengan membawa wang perak tersebut. Maka Allah mempertemukan manusia dengan mereka. Pemuda Ashabul kahfi itu tidak menyangka ternyata keadaan telah berubah. Dimana kaum mereka yang terdahulu telah berganti dengan kaum yang lain dan yang mengerti agama dan menghormati mereka

No comments:

Post a Comment