Wednesday, 24 October 2012

CARA SOLAT BAGI MASBUQ


Seorang masbuq, jika mendapati bahagian akhir daripada solat imamnya, maka ia adalah bahagian awal solatnya sendiri. Oleh sebab itu hendaklah dia mengikuti imam dalam semua pergerakannya, kemudian selepas salam imamnya, makmum tersebut perlulah menyempurnakan rakaat-rakaat yang masih kurang dengan meneruskannya. Seandainya solat itu solat subuh hendaklah dia berqunut dirakaat terakhir solatnya walaupun sebelum ini doa telah berqunut bersama imamnya.
Jika seorang itu ikut bersama imam pada sebahagian rukun berdiri, janganlah menyibukkan diri dengan membaca doa iftitah, tetapi hendaklah dia membaca al-Fatihah dengan bacaan yang ‘diringankan’ (agak cepat).
Sekiranya imam melakukan rukuk sebelum makmum(masbuq) menyelesaikan bacaan al-fatihah, haruslah dia ,menyempurnakannya dan menyusul imam dalam rukuk sebelum iktidal. Seandainya makmum itu beranggapan yang dia tidak mungkin dapat menyusul imamnya dalam keadaan rukuk. Hendaklah dia memotong fatihahnya dan terus mengikuti imam. Namun seandainya makmu itu sedang membaca surah, hendaklah dia segera menghentikan bacaannya dan rukuk mengikuti imam.
Sekiranya dia dating dan mendapati imam sudah dalam keadaan sujud/tasyahud, hendalah dia bertakbiratul ihram, lalu terus sujud tanpa bertakbir sekali lagi. Akan tetapi jika mendapatiimam dalam keadaan rukuk, hendaklah makmum itu bertakbiratul ihram lalu takbir sekali lahi untuk rukuk mengikuti imam.
Bagi masbuq, tidak boleh dianggap mendapat satu rakaat dalam solatnya kecuali dia dapat rukuk dengan sempurna bersana imamnya. Jika imam telah bergerak untuk berdiri kembali, sedangkan makmum belum menyempurnakan rukunya, maka dia kehilangan rakaat itu dan harus mengerjakannya setelah salam imamnya.

Info:
Masbuq = Orang yang terlambat mengikuti imamnya.

No comments:

Post a Comment